muslimah

muslimah
mengejar Jannah bkn dunia yg mewah

Saturday, 22 February 2020

Tarikh 23/2/2020 bersamaan dengan 29 Jamadilakhir 1441H

Entry kalini rasa macam nak cerita kat you guys pasal pengorbanan seorang hamba Allah yang sentiasa mendahulukan dirinya daripada orang lain. Sentiasa berfikiran positif . Tidak pernah melenting bila ujian menimpa malah sentiasa mendidik dirinya supaya menjadi lebih tabah dan kuat dengan segala dugaan yang menimpa . Dia mengorbankan masa dan tenaga untuk menjayakan sesuatu. okay takpelah next time kita sambunggggg okiesss heheh sebab dah nak kena gerak dahni. Cuma nak beri sedikit pesanan buatlah kebaikan walaupun kecil, yang penting istiqamah.
boleh jadi engkau tidur, tapi puluhan doa kebaikan naik untukmu. Dari si fakir yang pernah kau tolong, dari si lapar yang pernah kau beri makan, dari si sedih yang pernah kau hiburkan atau dari si miskin yang kau bantu. Maka, jangan kau remehkan setiap perbuatan baik, sekecil apapun. hihiks okay genkk gerakluu ( lagu yang sedang dimainkan: Terima Kasih Segalanya | Hijjaz)

Friday, 20 September 2019



 

ada sedikit puisi buat kalian untuk entry kalini hehe ,

memori yang kita ciptakan atas dasar hanya kita , dia atau mereka sahaja dalam sesebuah penceritaan. sungguh pun semuanya kadang terlalu perit untuk dilepaskan .

tetapi tidak mengapa , ianya tetap kekal jika disimpan sebagai kenangan iaitu sebuah gambar atau video tentang kita sahaja <3

Wednesday, 27 February 2019










Biarkan Tiada Yang Tahu


Aku bukan orang baik.Aku tak sempurna.
Aku pakai topengku.
Agar semua tak tahu aku.
Biarkan lainnya tahu aku mendung di malam yang tanpa bulan bintang.
Biarkan langit saja yang tau.
Bersama pagi.
Dengan rintik hujannya,
Yang membawa hawa menjadi sendu.





270219 | 4.06 P.M.

Wednesday, 19 December 2018

BERPAKAIAN WARNA HITAM




Woahhhh lamanya saya tak update hihi . Rinduuu ilerrr ツ .Okay guys untuk entry kali ni nak kongsi kat uguys warna pakaian yang paling sesuai untuk perempuan pakai iaitu warna hitam. Mesti kamu semua tertanya hitam? Mengapa pakai hitam ?
..
Teringat seorang Ustazah di Dar Az-zahra Tarim mengajukan soalan cepumas yg sama.
..
"Kenapa pakai hitam?" Saya senyum tunggu jawapan ustazah, dan saya terus tersenyum sampai sekarang setiap kali terkenang.
..
"Huraidah, kelambu Ka'bah warna apa? 
Hajar aswad warna apa? 
Serban Rasulullah ketika pembukaan kota Makkah warna apa?
Huraidah, Hitam adalah warna yg di pilih Allah untuk melambangkan kemuliaan dan kehormatan. Sebagaimana Rasulullah pilih warna hitam untuk wanita sebagai penghormatan dan tanda kemuliaan seorang wanita, maka peliharalah kemuliaan dan kehormatan dirimu."
..
Tersentak. Tersentuh..
"Huraidah, ayat hijab bila turun apa kata sayyidah Aisyah?"
"Ghorobiibu suud! Bagai gagak-gagak hitam yg tidak dapat di bezakan depan atau belakang mereka..."
"Mereka wanita-wanita hebat, mereka guru-guru hebat. Tidak pernah sesaat berlalu melainkan mereka hubungkan kami dengan Allah dan Rasulullah."
..
Saya pandang guru saya, ada orang Arab, ada orang Afrika, ada orang putih. Tapi mereka semua sama.
..
Ghorobiibu suud.
Orang nampak mereka gagak hitam. Tapi kami melihat mereka Bidadari bumi yg mengajak kami mengintai syurga Allah. 
Ada yang tidak suka,  katanya "Jangan terbawa-bawa dengan budaya arab". Tapi saya dengan suka hati mengikuti kata Rasul kekasih Allah adalah berbangsa Arab!!
..
Ya Tareem wa Ahlaha!!
..
P/s : Teruskan tersenyum andai mereka sering mempersoalkan Hitam sebagai pilihan busanamu. Biar nampak hambar, Biar kelihatan asing kerana Dia sahaja yang melihat kamu ibarat permata yang berkilau yang mengujakan sekalian alam.
..
'Better in Black'  ツ 

Telegram Channel : @gadisdaie
Instagram : @gadisdaie


Friday, 9 December 2016



Salam, untuk entry kali ni, just a little advices for me 
sometimes kita rasa yang kita ni dah cukup bagus, perfect even kita tahu dalam dunia ni nobody perfect tapi disebabkan kesombongan dah mnguasai dalam diri so kadang2 kita sampai lupa yang kita ni as manusia tidak akan selalunya berada di atas , one day kita pasti jatuh jugak and time kita dah jatuh tu baru kita akan sedar. okaylah nak pergi somewhere .Next time In Shaa Allah aku akan share entry yang manfaat ..

Sunday, 11 September 2016

kawan baik (Sahabat)

CIRI2 KAWAN YG BAIK👭👬
By Ustaz Kamil

1.Apabila kita tengok dia,kita ingat Tuhan(makin kuat nak beramal)
2.Kawan yang sentiasa menasihati kawannya(apabila tidak berada dalam keadaan yang sepatutnya)
3.Orang yang ada pegangan agama.(taati ajaran agama)
4.Orang yang selalu buat baik(suka buat kebaikan)
5.Orang yang boleh membantu kita di waktu senang&susah
6.Setia
7.Yang boleh menghormati kita
8.Yang pandai menjaga hubungan.
*kawan dengan orang berilmu lebih baik dari kawan yang jahil📚
*boleh kawan dengan lelaki/perempuan,tetapi ada batasnya🙅🏻
*kalau kita bergaduh dalam masa 1 jam⏰ je,hubungan kawan selama 🔟tahun boleh MUSNAH macam tu je

#BERSAHABAT SAMPAI SYURGA!👬👭

Saturday, 27 August 2016

KEM PRS

            ni hasil kerja drpd grup 10, walaupun grup2 lain semua lawa tp bg kiteorg banner kiteorg paling lawalh sbb sape lg yg nk puji banner kiteorg klau bkn member dlm grup tu..